........SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Salam Ziarah

Pengunjung Yang Dirahmati Allah,
Ahlan wasahlan ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya!

Keunikan Islam sebagai agama agung yang syumul dan satu-satunya agama yang diiktiraf Allah Azza wa Jalla, adalah menjadi satu keutamaan yang perlu dinilai tinggi. Ia juga perlu disebarluaskan agar dapat jua dinikmati oleh umat manusia yang lain - khususnya yang masih belum mendapat hidayah dan petunjukNya.

Laman web ini sewajarnya dijadikan saluran komunikasi dan amal jariah untuk semua, khususnya ahli Qaryah. Kepelbagaian ragam cara hidup manusia kini memerlukan usaha untuk mempelbagaikan teknik berdakwah.

...TERUSKAN BACAAN

Sunday, December 13, 2009

Tauliah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah:

"Jawatankuasa Tauliah Mais telah menguatkuasakan kaedah-kaedah tauliah yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Justeru, sebagai Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah maka patuhilah ajaran agama Allah yang kita anuti ini, jadilah individu yang bertakwa dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segera apa yang dilarangnya.

Akhir-akhir ini terlalu banyak permasalahan sosial berlaku dalam masyarakat kita antaranya permasalahan perpaduan umat Islam, ajaran sesat, fanatik berkumpulan, fahaman ekstremis dan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita yang kesemuanya memerlukan kepada kekuatan dan kebijaksanaan kita untuk saling bekerjasama mencari jalan penyelesaiannya. Kadangkala sikap yang terlalu optimis dengan ideologi kumpulan masing-masing dan memperbesarkan isu-isu yang remeh temeh menyebabkan perpecahan dan sengketa di antara ummah."

Demikianlah titah baginda - dipetik DI SINI

Read more...

Friday, December 11, 2009

Raja dan Rakyat

Sempena ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, maka kita sebagai rakyat di Negeri Selangor, bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana telah mengurniakan kita dengan sistem pemerintahan yang teguh dan politik yang stabil lagi mantap, di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja Melayu telah menjadi payung negeri sejak zaman lampau.

Hasilnya, kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan melakukan aktiviti, seperti beribadah dengan tenang dan dapat mencari rezeki dalam suasana yang aman damai . Sesungguhnya, Institusi Raja memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam dan Perpaduan Rakyat di negara ini.

Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat negeri ini hidup penuh muhibbah serta bersatu-padu, dengan menghormati Institusi Raja Berperlembagaan. Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan, yang boleh menggugat atau mencemarkan Institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai Agama Rasmi di negara ini.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 101:

“Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)".

Ikuti khutbah JAIS | Penuh | Jawi | English |

Read more...

Friday, December 4, 2009

ZAKAT itu RAHMAT

Seseorang insan yang dikurniakan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala dengan pelbagai Nikmat seperti kekayaan, kesihatan dan lain-lain wajib menzahirkan rasa syukur di atas anugerah nikmat-nikmat tersebut dengan mengucapkan zikir dan tahmid.


Bahkan, yang paling utama untuk membuktikan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah ialah dengan mematuhi segala yang diperintahkan oIeh Allah Subhanahu Wata'ala termasuklah menafkahkan sebahagian harta yang dimilik kepada insan lain yang memerlukan pembelaan dan pertolongan.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam surah al-Baqarah ayat 267 :

"Wahai orang-orang yang beriman!, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), pada hal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maha kaya, lagi sentiasa terpuji".


Rujuk Khutbah JAIS | PENUH | Jawi | English |

Read more...

Saturday, November 28, 2009

Qurban: Tanda KasihNYA

Saksikan rakaman proses penyembelihan Ibadat Qurban 1430H MDESJ... melibatkan lembu no. 2 dari 22 ekor rakannya. Semoga ada pengajaran yang dapat diambil tanda kasihNYA kepada yang melakukannya.

Jika berkesempatan, tontonilah juga video yang melibatkan amalan di tempat lain (juga untuk diambil pengajarannya) DI SINI

Read more...

Friday, November 27, 2009

Mimbar Jumaat: PEMUDA generasi PEWARIS

Golongan pemuda adalah merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi dan meneruskan agenda kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka adalah tonggak yang bakal mencorakkan masa depan negara kita sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Negara dan bangsa juga mempunyai harapan yang besar kepada golongan pemuda yang digambarkan melalui ungkapan-ungkapan seperti: "Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara", " Pemuda benteng negara" dan lain-lain lagi.



Untuk melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa, maka pemuda yang ada pada hari ini perlu diasuh dan dibimbing dengan sebaiknya, supaya negara yang akan ditadbir suatu masa nanti akan dapat memenuhi ciri-ciri sebuah negara:


Khubah JAIS | PENUH | Jawi | English

Read more...

Dana Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah

Dana Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah
Menyumbanglah kepada dana saham amanah akhirat bagi pembangunan Maahad Tahfiz kelolaan Ustaz Nik Razi Nik Mat, Pengerusi Akademi Nun Berhad... |klik gambar di atas|

Tabung Amanah Saham Akhirat

Tabung Amanah Saham Akhirat
...kemudahan bank transfer anda.

KHAIRAT KEMATIAN MDESJ & MANFAAT

1. DAFTARLAH SEGERA SEBAGAI AHLI
2. Muat turun BORANG KEAHLIAN
3. Jika berlaku kematian SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?

PANDUAN PRODUK HALAL /SUCI

Maklumat KEPENGGUNAAN Terpilih

Aluan Al-Quran Qari-Qari Terpilih

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP